Lecehnya norma baru..

Firman Allah dalam al Quran (surah ash-Sharh : ayat 5-6):

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

**********

Jom terima norma baharu sebagai tanggungjawab, bukan beban.

Ya, pakai mask dan perlindungan item semua tu rimas. Kalau pakai cermin mata lagi la berwap. Alangkan duduk aje susah nak bernafas. Inikan pulak pakai sama buat kerja. Lemas semua ada. 

Tapi itu tanggungjawab. 
Setiap tanggungjawab akan disoal. 
Jgn pandang orang lain tak buat maka kita pun tak peduli juga. 
Ni bkn soal nak elak tertangkap.
Bkn jugak soal takut terjangkit.
Kena tangkap, dijangkiti, tu semua rezeki. 
Rezeki Allah yg akan tetapkan.
Tapi tanggungjawab, kita yg wajib buat. 
 Even terlepas di dunia, di akhirat menjawap.

Jgn risau kalau kita ada SOP nanti pelanggan takut. Rezeki Allah yg bagi. Tak semestinya Allah bagi dgn cara biasa, barangkali Allah akan bagi melalui hal yg tak disangka2. Percaya Allah akan bantu kalau kita buat bahagian kita. Macamana kita berikrar dlm takbiratul ihram tiap kali solat, Allahu Akbar (Allah Maha Besar), percayalah sebenar2nya pada kebesaranNya. 

Ya saya cuma mak andam. Pekerjaan yg ramai org pandang ‘bukan mulia’. Tapi saya ambil peluang platform ni utk menyampaikan. 

Saya tak harap diterima. Saya menyampaikan bukan untuk diterima. Saya menyampaikan demi saham akhirat saya sendiri. 

Samada saya diterima atau tak, itu rezeki saya. Again, ‘rezeki’ hanya Allah je yg mampu bagi. 

Terima kasih sudi baca.


Comments

Popular Posts