Narsistik

 Zaman sekarang ramai je narsistik. 


Narsistik bkn sekadar suka selfie suka cantik2. Sebab pengidap narsistik lbh ramai lelaki.


Narsistik anggap semua org suka dia. In fact narsistik tak mampu hidup sendiri, dia perlukan org utk suka dia. Dia perlukan pujian. Dia perlu rasa diri hebat. Cth: Dia perlu org nampak dia sebagai berjaya, rajin sedekah tapi merendah diri. Narsistik perlukan populariti. So tak hairan ramai narsistik end up as selebriti. 


Contoh narsistik: rajin belanja kawan, tapi bawak kereta biasa2 je, pakai biasa2 je, tapi tau2 kerja sebagai ‘pakar’, rupanya tinggal di kawasan elit (rmh sewa je tu pun dah berbulan tak bayar sewa sebab nak control duit tapi tak reti manage, title ‘pakar’ pun dpt dgn cara melobi), anak2 pandai cakap inggeris (dakwa hantar anak ke sekolah antarabangsa padahal sebenarnya pasangan yg ajar, kalau dengar dia ckp inggeris pun berterabur), jadi bagi hint seolah2 mampu berkereta mewah tapi sengaja memilih utk tak pakai kereta mewah kononnya merendah diri, dan bagi hint seolah2 mampu hantar anak2 ke sekolah antarabangsa tapi sengaja pilih hantar ke sekolah kebangsaan kononnya merendah diri, padahal sebenarnya memang tak mampu. 


So oleh kerana narsistik peru maintain imej berjaya, dia perlukan seseorg atau beberapa org yg jadi sumber:

1. Sumber kewangan yg dia boleh kontrol supaya dia boleh kerja lbh kurang tapi tetap ada duit (narsistik selalunya takde skil atau kepandaian tertentu sebab dia takde kesabaran untuk belajar atau melalui susah, dan kalau bekerja pun dia selalu ada masalah sebab dia taknak mengaku salah). Sumber yg ini biasanya ahli keluarga, parents atau pasangan yg dah terperangkap terpaksa terima dia. Ini sumber paling penting. 

2. Sumber ilmu pengetahuan supaya dia boleh maintain imej org bijak pandai berjaya dsb. Kita kena ingat, narsistik takde kesabaran utk belajar. Jadi dia bergaul dgn ramai org supaya boleh dengar pendapat2 org dan digunakan semula setakat nak impress org/borak kedai kopi. Tapi dia tak boleh kupas lbh lanjut dlm any intellectual discussion. Ulang2 fakta yg sama je. 


Jadi tak hairan narsistik nampak mcm ramai kawan sebab dia perlukan sumber baru setiap masa. Kawan yg dia ada pada satu2 masa biasanya takkan bertahan lama. Narsistik tak ada kawan sebenar. Kalau ada pun org yg mengaku dah kenal dia lama, org tu tak rapat sgt pun, just kenal aje (acquaintance), tak kenal dia luar dalam, tak pernah duduk sama dgn dia susah senang bersama. 


Ini adalah krn bila org dah mula sedar sikap sebenar seseorg narsistik, samada mrk bergaduh atau jauhkan diri atau narsistik ni yg akan ‘hilang’. Jadi narsistik sentiasa perlu cari kawan baru. Kdg2 narsistik akan cari kawan2 lama dari tpt kerja lama atau kolej, yg belum tahu sikap sebenar dia. Kawan mcm ni akan digunakan sbg testimoni bahawa dia ‘ada kawan yg dah kenal bertahun2’ padahal selama ni barangkali org tu tak pernah tau apa pun ttg dia selain nama shj lol. Tak hairan kalau tengok dlm hp seorg narsistik, penuh dgn chat yg dah bertahun2 tak delete. Sebab dia perlu ingat fakta2 ttg org2 yg ada potensi utk dimanipulasi pada masa akan datang. 


Narsistik obses dgn diri sendiri. Narsistik tak mampu syg manusia lain selain diri dia sendiri. Kalau dia baik atau sayang org lain pun biasanya pada permulaan perhubungan demi meraih kepercayaan org tu sebelum dia gunakan org tu sebagai ‘sumber’ utk kepentingan diri dia pada masa akan dtg. Atau pun pada ketika org tu dah tak nak lagi percaya, maka narsistik akan kembali kpd dirinya yg baik dan penyayang demi memujuk supaya ‘sumber’ tu kekal bersamanya atau sekurang2nya sehingga dia menjumpai ‘sumber’ baru. 


Narsistik ujub dgn diri atau apa shj berkenaan diri (kejayaan, anak2 rumah kereta etc) sedangkan hakikatnya biasa2 atau takde apa2 pun. Dia akan ulang2 apa2 shj kelebihan tu walau pun yg kecil akan dibesar2kan. Contoh: anak comel cakap bahasa inggeris, akan dok ulang2 cerita sama berulang kali. 


Narsistik cemburukan org lain. Pada dia tak ada org lain boleh buat sesuatu perkara atau jadi lbh baik dr dia. 


Narsistik selalu sangka org lain cemburukan dia. Of course la sebab sikap kita adalah cerminan diri kita. Kalau dia sendiri selalu cemburukan kehebatan org lain, tentulah bila di dah rasa diri dia yg hebat, dia akan sentiasa sangka org yg akan cemburukan dia lol. 


Lapar pengiktirafan org. Narsistik perlu dipuji. Setiap ‘kebaikan’ yg dia dah lakukan hendaklah dapat pengiktirafan. Sekurang2nya terima kasih. Narsistik tak suka kalau org tak ucap terima kasih. Narsistik mahu org balas budi. Sebab narsistik tak pernah ikhkas dlm melakukan kebaikan. Narsistik sentiasa mengharapkan balasan pada semua ‘kebaikan’ yg dia dah buat. Menanam saham ‘kebaikan’ adalah cara narsistik memanipulasi dan memerangkap ‘sumber’. 


Narsistik tidak akan pernah mengaku salah.


Narsistik paling bencikan kebenaran. 


cuma org terdekat yg dah jadi mangsa bertahun2 je yg tau sikap sebenar. 

Comments

Popular Posts