PPE utk MUA
Hari ni seorg Make Up Artist (MUA) mewakili Malaysian Bumiputra Make Up Artist Association (MBMUAA) dijemput buat demo mekap dlm rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Topiknya Cadangan SOP Kebiasaan Baharu Majlis Perkahwinan. MUA tu pakai lengkap sut PPE, disposable apron, face mask, face shield dan glove.
Maka ramailah yg berkongsi reaksi di akaun facebook masing2. Kebanyakannya kurang bersetuju atas alasan tak selesa, panas, kos bertambah, kurang tempahan sebab masa terhad, termasuklah risau nak caj lebih takut takde pelanggan.
Sbg MUA ni pendapat kakp yg tak seberapa ya. Pendapat ni cuma mewakili diri kakp je bukan mana2 pihak.
Secara lojiknya aktiviti frontliners dgn MUA ni lbh krg aje. Kerjaya ni memerlukan MUA mengadap client dlm jarak krg 1 meter dlm tempoh lama, paling cepat pun 30minit. Jadi mmg lojik pun kalau kena pakai full set PPE tu.
Wpun ada yg kata kita cuma berdua dgn client, hakikatnya ada MUA mendakwa terdengar perbualan pelanggan dgn jurugambar mengatakan terdapat lbh 20 individu hadir di rumahnya cuma tak kelihatan dlm video atau gambar shj. Sebab tulah kerajaan tak benarkan kenduri kendara. Mmg susah nak hadkan tetamu.
Makanya, dlm keadaan kebarangkalian ramai tak patuh SOP majlis, lg la patut kita sbg MUA sekurang2nya patuh kpd SOP bahagian kerja kita. Kalau rumah yg kita buat mekap tu kena serbu, dengan MUA sekali kena tahan. Jumlah individu dlm rumah pelanggan mmg di luar kawalan kita terutama bila kita dlm bilik taktau apa yg terjadi di luar. Tapi sekurang2nya kalau kena tahan pun kita ditahan dlm keadaan berpakaian yg mematuhi SOP yg ditetapkan.
Suka atau tak, siapa lg nk jaga kita kalau bkn diri sendiri. Pertama dari segi kesihatan. Kedua dari segi undang2.
Jadi bagi kakp, mmg sesuai la SOP yg diusulkan. Tambah dah keluar kat tv, pastilah org awam akan expect ginilah rupa yg sepatutnya.
Jadi pandai2 lah nak negotiate dgn client keperluan MUA dlm menjalankan tugas. Nyatakan pecahan caj dan bentangkan syarat2 dgn jelas sebelum pelanggan book dan letak deposit segala.
Jgn bg alasan taknak bgtau SOP sebab risau ianya akan menakut2kan pelanggan. Pelanggan berhak tau apa yg mrk akan dpt dgn jumlah yg kita minta sebelum mereka buat keputusan. Kalau dah byr deposit baru bgtau tu tak jujur namanya. Jgn bg alasan “pelanggan tak tanya”. Of course pelanggan tak tanya, ini bkn bidang mereka sbb tu mrk upah kita. Jd kita yg tau selok belok kerja kita ni la yg bertanggungjawab jelaskan utk memudahkan pelanggan buat keputusan. Jgn buat pelanggan rasa tertipu bila dpt tau kita ada mcm2 peraturan hanya selepas mrk dah byr deposit yg tak boleh dikembalikan. Jgn takut takde booking. Rezeki Allah yg bagi. Yg penting terma kita kpd pelanggan mesti jelas. Ini dinamakan integriti.
Kalau terpaksa berpanas pun itulah takdirnya, terima jelah. Frontliners pun tak pernah merungut sebab mrk tau itu kewajipan. Kan pelik bila kita dok promote “mekaplah walau cuma nikah aje nanti takde kenangan” tapi kita sendiri anggap pakai PPE demi menjaga kebajikan pengantin tu tak penting. So sebenarnya mekap utk pengantin ni penting ke? Atau poket dan keselesaan MUA yg lbh utama?
Kalau ada yg kata nanti pengsan sebab ada darah tinggi dsb ke, boleh dah start ukur baju kat badan sendiri samada kerjaya ni sesuai lagi tak buat masa ni.
“Hukum syara’ menetapkan bahawa melakukan perkara yang boleh menyebabkan kerosakan atau kemudharatan harus dielakkan terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan baik dengan syarat manfaat (maslahah) yang diperoleh jauh lebih rendah daripada kerosakan yang mungkin terjadi.” (DS Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Nak mekap demi nak cari rezeki tu perbuatan baik. Tapi kalau cara perlaksanaannya (tak pakai PPE bersesuaian) menyebabkan kemudharatan pihak lain, dan kalau pakai jugak PPE tersebut akan menyebabkan kemudharatan kpd diri sendiri, maka takyah la buat servis mekap lagi. Insyaallah kalau niat meninggalkan sesuatu tu demi kebaikan, pasti Allah ganjarkan dgn yg lbh baik nanti.
Kerajaan benarkan sektor kita beroperasi dgn expectation yg kita akan patuh SOP. Taat kpd pemerintah pada perkara kebaikan tu wajib. Makanya inilah tggjwb kita skrg. Kalau dah nama tggjwb, mmg le berat. Dah bkn soal kat dunia ni takut kena denda atau kena tangkap lg dah. Ni dah masuk bab walau terlepas kat dunia, akhirat tetap menjawab.
Jgn persoal MUA lain atau kita sendiri yg dah bersusun pelanggan berjaya dimekap, tak pakai PPE bersesuaian pun sihat je takde jangkitan. Kita sihat tu rezeki. Rezeki tu kerja Allah. Dia akan beri kpd sesiapa pun yg dikehendakiNya. Kerja kita taat suruhanNya. Suruhan Allah ialah patuh kpd pemerintah. Apatah lagi yg disuruh tu perkara kebaikan. Selagi kita hidup, perkara2 baik yg berlaku kpd kita yg kita anggap rahmat tu jugak ujian. Ujian samada kita sanggup tak nak taat.
Bab kena keluarkan modal utk beli mask, face shield, glove, & disposable apron tu kita kenalah berlapang dada. Kita yg nak pakai demi keselamatan. Bkn keselamatan kita seorg, malah pelanggan dan ramai org lain sekitarnya. Dpt pahala tu. Jd apa salahnya kita asingkan sikit pendapatan mekap tu utk modalkan. Insyaallah Allah akan bagi pulangan berganda. Kalau rasa perlu nak naikkan caj, atau nak caj kpd cust bgtau siap2. Lalui dgn sabar dan solat. Allah dah janji tak ada kesabaran yg sia2.
Tapi jgn la merungut bab kena sediakan set berus extra, span dan disposables make up items. Beberapa item mmg tak blh kongsi cth beauty blender dan set berus. Mesti sediakan yg baru dan bersih bagi setiap cust. Yg itu patutnya dah termaktub dlm SOP dan dilaksanakan sejak hari pertama seorg bergelar make up artist. Tapi kita pun sama2 tau apa yg dipraktikkan oleh rata2 make up artist sekarang. Masalahnya bkn sama2 MUA je tau, pelanggan pun sedar dah skrg. Hmm segannyaa😔
Takpelah.. apa yg dah berlalu biarlah berlalu. Anggaplah ini hikmah Covid-19. Maafkanlah diri sendiri. Bersyukur selama ni kita tetap diterima walaupun pelanggan sedar perkara tu. Mari perbaiki diri kita dan mulakan perkara yg sepatutnya kita dah buat selama ni. Tambah dlm suasana ramai terjejas tiada pendapatan langsung, syukur sgt kita masih ada peluang cari rezeki dlm bidang yg kita suka. Alhamdulillah.
Kalau bkn dr sudut pandangan agama sekali pun, kita taknak nanti disebabkan sebilangan MUA yg taknak follow SOP yg ketat ni, kalau ada kes jangkitan, maka kerjaya MUA terus diharamkan. Tapi jgn la pulak kita mencari2 cara nak mengelak undang2. Ianya hanya akan menimbulkan curiga sesama kita sebab sentiasa takut ada yg melaporkan. Tak tenang hidup. Jadilah warga yg bertanggungjawab, itu lbh mudah.
Ya kakp faham kakp cuma seorang makandam yg terlibat dgn perkara2 tabarruj tak selayaknya nak nasihat pasal dunia akhirat dsb. Kakp kat sini cuma menyampaikan walaupun isunya akan terkena balik kat btg hidung sendiri, jadinya nasihat ni yg lbh utama adalah kpd diri kakp sendiri. Soal diterima atau tak bkn hal yg penting utk kakp. Itu rezeki kakp, Allah yg tentukan.
Maaflah kalau ada saranan atau pandangan kakp yang nenyinggung mana2 pihak. Dah tentu ada pandangan yg lbh baik di luar sana. Kakp doakan semoga kita diberi hidayah dlm mempertimbangkan yg paling baik.
Robbuna yusahhil♥️
Comments
Post a Comment