Noted!
Kalau org tegur kesilapan kita, terutama melalui medium bertulis, tengok le dulu siapa yg tegur tu. Kalau bisnes atau berkenaan kerja, boleh la reply “Noted.”
Tapi kalau yg tegur tu those dear to us, maksudnya mcm saudara mara, kawan2, jiran, minta maaf la atas kesilapan tu.
Kalau katalah jiran kita yg kita baik, tetiba whatsapp tegur kereta kita block parking dia, pastu kita reply sepatah aje “Noted”, eh dah mcm sentap la pulak😂. Kita mungkin akan dianggap sombong tak boleh ditegur. Kesian yg menegur tu. Dah le kita yg buat silap, kita pulak buat dia rasa tak selesa tegur kita.
Ya, kdg2 kita tak sentap pun, tapi tulah.. suka atau tak, kita kena terima hakikat bahawa cara komunikasi melalui media sosial zaman skrg dah mengurangkan nilai bahasa kita. Mesej2 dah takde jiwa. Sering menimbulkan salah faham.
Jadi jom prihatin perkara mcm ni. Jgn jadikan alasan kita tak suka stress maka kita malas nak pikir bila org tegur. The world does not revolve around you. Setiap org ada kepayahan masing2, bkn kita sorg aje.
Comments
Post a Comment